GANBAR-GAMBAR YANG DIPEROLEHI SEMASA KERJA LAPANGAN - Oktober 25, 2007


Gambar di atas menunjukkan kerosakan yang berlaku di bahagian bumbung di rumah responden kami di Kampung Makam. Bukan sahaja di bahagian bumbung yang mengalami kerosakan bahkan di tempat-tempat lain juga turut mengalami kerosakan yang sama seperti di kawasan tangga dan halaman rumah. Menurut tuan rumah kerosakan yang berlaku hampir mencecah ribuan ringgit

Oktober 25, 2007



Gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku di salah sebuah rumah responden kami di Kampung Tembioh. Di bahagian tepi rumah mengalami kerosakan yang agak teruk terutamanya di kawasan longkang rumah tersebut.

Oktober 25, 2007


Gambar menunjukkan rumah baru yang telah dibina di Kampung Tembioh. Kebanyakan kemudahan infrastruktur telah dibaik pulih

Oktober 25, 2007


Salah seorang responden kami yang menunjukkan ketinggian paras air semasa berlakunya banjir.

Oktober 25, 2007



longkang yang rosak di Taman Mawai akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Oktober 25, 2007



sungai yang berhampiran dengan kampung Makam dan Taman Mawai yang kelihatan cetek dan tidak dalam. Tetapi selepas kejadian banjir ini mereka sedang mendalamkan sungai tersebut.

PEMENUAN KAJIAN

PENGENALAN
Pada 1 hingga 3 September 2007 yang lalu, kami telah menyertai suatu kerja lapangan di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah memilih tajuk Impak banjir keatas kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan Kampung Tembioh, Kampung Kelantan dan juga beberapa kawasan perumahan yang berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi. Kawasan tersebut meliputi Taman Kota Jaya dan Taman Mawai.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Jumlah responden kami adalah seramai 20, daripada 20 orang penduduk 7 (35 %)orang adalah penduduk kampung Kelantan, 10 (50 %) orang penduduk kampung Tembioh, seorang (5 %) dari kampung makam, querters majlis daerah, dan taman mawar jaya 4.
BANGSA
Majoriti responden yang kami temui terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 80%. Manakala 20% responden lagi terdiri daripada bangsa India. Responden-responden ini kebanyakkannya menyatakan kisah sedih mereka berhubung dengan pengalaman banjir yang lepas.
PEKERJAAN
Responden yang mencatatkan peratusan terbesar ialah suri rumah tangga iaitu sebanyak 25% (5 oarang). Guru dan pekerja kilang masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 5% (1 orang). Responden yang bekerja di sektor swasta pula sebanyak 15% (3 orang). Manakala bagi responden yang bekerja sebagai peniaga , yang pencen dan di sektor kerajaan masing-masing mencatatkan sebanyak 10% (2 orang). Respoden yang kerja sebagai kerani pula mencatakan sebanyak 20 % (4 orang). Berfokuskan kepada kajian kami iaitu kesan banjir terhadap kemudahan infrastruktur.
KEADAAN INFRASTRUKTUR
Kebanyakkan keadaan infrastruktur di kawasan-kawasan yang dikaji musnah teruk. Jalan raya rosak dan berlubang begitu juga dengan keadaan turapan jalan juga sudah rosak teruk. Kebanyakkan longkang yang ditemui di kawasan yang terlibat pula tersumbat dan ada juga yang pecah selepas berlakunya banjir. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan sebelum banjir seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan responden. Mereka menyatakan kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik sebelum berlakunya banjir. Keadaan sebelum banjir amat berbeza sekali dengan apa yang dilihat sekarang.

80% responden menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur telah dan sedang diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak longkang telah dibina baru dan diperdalamkan serta satu projek besar sedang dijalankan bagi mendalamkan sungai Johor dengan cara menyedut pasir. Pasir yang disedut akan disalurkan kepada Pejabat Tanah untuk diuruskan. Hasil ini seterusnya akan menjadi sumber kerajaan negeri.

Terdapat juga responden yang kami temui berpuas hati dan tidak berpuas hati dengan kerja membaik pulih yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Bagi responden yang berpuas hati, mereka menganggap kemudahan infrastruktur yang dibaiki memenuhi kehendak mereka. Contohnya projek membaikpulihkan sungai. Sungai di Kota Tinggi telah diperdalamkan supaya keadaan aliran air lebih baik daripada sebelumnya. Manakala responden yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja ini menyatakan bahawa kemudahan longkang yang sepatutnya diperbesarkan lagi daripada sebelumnya supaya air mudah mengalir dan tidak tersumbat.

Dari segi kemusnahan yang dialami oleh setiap responden, kebanyakkannya mencecah hampir ratusan ribu ringgit yang melibatkan rumah, kenderaan, peralatan rumah, ternakan dan hasil pertanian bagi mereka yang mempunyai kebun. Kebanyakkan responden yang berjaya kami temubual menyatakan pendapat tentang fenomena banjir ini berlaku disebabkan oleh hujan yang tidak henti-henti, seterusnya menyebabkan paras air meningkat lalu membanjiri Bandar Kota Tinggi.

Keadaan banjir ini menjadi lebih teruk apabila tiga loji yang terdapat di kawasan berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi tidak dapat air lagi lantaran hujan yang mencurah-curah terlalu lama. Loji yang dimaksudkan ialah loji Semanga, loji PUB dan Loji Ling Yu. Kesan hujan yang terlalu lama ini menjadikan paras air di kesemua loji ini mencapai paras merbahaya. Keadaan ini memaksa pihak berkuasa untuk melepaskan sebahagian air daripada loji tersebut bagi mengelakkan daripada ia pecah.

Ada juga responden yang menyatakan bahawa punca sebenar banjir tidak disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan, tetapi berpunca daripada hujan yang tidak henti-henti selama beberapa hari dan juga bencana alam.
KESIMPULAN

Keadaan insfrastruktur sebelum dan selepas banjir telah banyak berubah. Diharapkan usaha-usaha pembaikan yang sedang dijalankan akan menambahkan lagi kecekapan infrastruktur yang sedia ada.



DATA SEKUNDER

Selain daripada data premier, kami juga mendapat maklumat sekunder daripada beberapa agensi kerajaan yang menguruskan banjir. Kami telah berjaya menemubual seorang pegawai dari Majlis Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin. Beliau merupakan Penolong Pegawai Tadbir yang memberi taklimat berkaitan gambaran banjir yang telah melanda keseluruhan Bandar Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan banjir kedua pada awal tahun 2007 yang lalu. Menurut beliau, banjir tersebut melanda dalam dua situasi berbeza daripada yang sebelumnya, iaitu kawasan yang terlibat dengan banjir kali ini ada juga yang tidak pernah banjir sebelum ini. Selain itu, banjir pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 yang lepas juga lebih dalam daripada banjir yang pernah dialami penduduk pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau juga telah memberi serba sedikit maklumat tentang bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa banjir yang terlibat di seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak Majlis Daerah juga telah menyediakan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Bantuan lain juga turut diberikan yang berupa pampasan mengikut paras air, iaitu sebanyak RM1100 dan penduduk dikawasan perumahan diberikan sebanyak RM700 bagi setiap keluarga. Bagi golongan peniaga pula, mereka akan disalurkan bantuan ehsan oleh badan-badan yang bertanggungjawab.

Beliau juga menyatakan ada pihak yang mengambil kesempatan dimana mereka telah melakukan penipuan dengan cara mendaftar namanya di semua pusat pemindahan banjir sedangkan dia hanya tinggal di satu kawasan sahaja dan ada juga yang mendaftarkan nama semua ahli keluarga sedangkan mereka tidak tinggal di kawasan yang terlibat dengan banjir. Hal ini dibuktikan dengan pada mulanya dianggarkan bantuan berjumlah RM13 ribu, tetapi apabila membuat penyiasatan didapati hanya berjumlah RM8 ribu sahaja bantuan untuk siri kedua. Keadaan ini jelas membuktikan ada penerima bantuan yang sepatutnya tidak layak menerima telah menerima bantuan dengan cara penipuan.

Selain daripada aspek bantuan, beliau juga menyatakan berlakunya kerosakan yang teruk terhadap kemudahan infrastruktur yang ada. Ekoran daripada keadaan itu, banyak projek pembaikan serta pemulihan telah dilancarkan. Antara kawasan yang terlibat dengan projek tersebut adalah Taman Kota Jaya dan Taman Mawai terutamanya projek mendalamkan sungai Johor yang memakan belanja berjumlah RM70 juta. Projek ini melibatkan sungai Johor yang sepanjang 13km bermula dari bandar sehingga ke hulu sungai.

Di pejabat Jabatan Kerja Raya(JKR) pula, kami berjaya menemubual Encik Said iaitu wakil dari JKR untuk menerangkan mengenai aktiviti pembaik pulih yang telah mereka lakukan ke atas jalan raya yang mengalami kerosakan. Jumlah keseluruhan kos pembaikkan jalan persekutuan di seluruh kawasan yang terlibat menelan belanja sebanyak RM 8 juta. Di kawasan kampung pula, sebanyak RM 2.9 juta diperuntukkan untuk memperbaiki jalan raya di kawasan kampong yang terlibat termasuklah Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh.

Di Kampung Kelantan, jalan utama iaitu jalan untuk masuk ke Kampung Kelantan sedang diperbaiki dan diperbesarkan. Ini menunjukkan projek pembaikkan jalan raya di Kampung Kelantan telah mula dijalankan. Begitu juga dengan Kampung Tembioh, jalan raya yang mengalami kerosakan di kampung tersebut dalam proses pembaikkan. Walaupun proses pembaikkan telah dijalankan tetapi terdapat berberapa faktor yang menyebabkan proses pembaikkan menjadi sedikit lembab. Daripada maklumat yang kami terima, gangguan tersebut berpunca daripada keadaan cuaca yang tidak menentu akibat hujan dan masalah kuari menyebabkan proses pembaikan tidak dapat berjalan lancar.

Bagi jalan persekutuan, Encik Said memaklumkan bahawa jalan persekutuan yang menghubungkan bandar Ulu Tiram dan Kota Tinggi akan diperbesarkan daripada dua lorong kepada empat lorong. Ini akan memudahkan perhubungan antara dua bandar ini