GANBAR-GAMBAR YANG DIPEROLEHI SEMASA KERJA LAPANGAN - Oktober 25, 2007


Gambar di atas menunjukkan kerosakan yang berlaku di bahagian bumbung di rumah responden kami di Kampung Makam. Bukan sahaja di bahagian bumbung yang mengalami kerosakan bahkan di tempat-tempat lain juga turut mengalami kerosakan yang sama seperti di kawasan tangga dan halaman rumah. Menurut tuan rumah kerosakan yang berlaku hampir mencecah ribuan ringgit

Oktober 25, 2007



Gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku di salah sebuah rumah responden kami di Kampung Tembioh. Di bahagian tepi rumah mengalami kerosakan yang agak teruk terutamanya di kawasan longkang rumah tersebut.

Oktober 25, 2007


Gambar menunjukkan rumah baru yang telah dibina di Kampung Tembioh. Kebanyakan kemudahan infrastruktur telah dibaik pulih

Oktober 25, 2007


Salah seorang responden kami yang menunjukkan ketinggian paras air semasa berlakunya banjir.

Oktober 25, 2007



longkang yang rosak di Taman Mawai akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Oktober 25, 2007



sungai yang berhampiran dengan kampung Makam dan Taman Mawai yang kelihatan cetek dan tidak dalam. Tetapi selepas kejadian banjir ini mereka sedang mendalamkan sungai tersebut.

PEMENUAN KAJIAN

PENGENALAN
Pada 1 hingga 3 September 2007 yang lalu, kami telah menyertai suatu kerja lapangan di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah memilih tajuk Impak banjir keatas kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan Kampung Tembioh, Kampung Kelantan dan juga beberapa kawasan perumahan yang berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi. Kawasan tersebut meliputi Taman Kota Jaya dan Taman Mawai.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Jumlah responden kami adalah seramai 20, daripada 20 orang penduduk 7 (35 %)orang adalah penduduk kampung Kelantan, 10 (50 %) orang penduduk kampung Tembioh, seorang (5 %) dari kampung makam, querters majlis daerah, dan taman mawar jaya 4.
BANGSA
Majoriti responden yang kami temui terdiri daripada bangsa Melayu iaitu sebanyak 80%. Manakala 20% responden lagi terdiri daripada bangsa India. Responden-responden ini kebanyakkannya menyatakan kisah sedih mereka berhubung dengan pengalaman banjir yang lepas.
PEKERJAAN
Responden yang mencatatkan peratusan terbesar ialah suri rumah tangga iaitu sebanyak 25% (5 oarang). Guru dan pekerja kilang masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 5% (1 orang). Responden yang bekerja di sektor swasta pula sebanyak 15% (3 orang). Manakala bagi responden yang bekerja sebagai peniaga , yang pencen dan di sektor kerajaan masing-masing mencatatkan sebanyak 10% (2 orang). Respoden yang kerja sebagai kerani pula mencatakan sebanyak 20 % (4 orang). Berfokuskan kepada kajian kami iaitu kesan banjir terhadap kemudahan infrastruktur.
KEADAAN INFRASTRUKTUR
Kebanyakkan keadaan infrastruktur di kawasan-kawasan yang dikaji musnah teruk. Jalan raya rosak dan berlubang begitu juga dengan keadaan turapan jalan juga sudah rosak teruk. Kebanyakkan longkang yang ditemui di kawasan yang terlibat pula tersumbat dan ada juga yang pecah selepas berlakunya banjir. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan sebelum banjir seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan responden. Mereka menyatakan kemudahan infrastruktur berada dalam keadaan baik sebelum berlakunya banjir. Keadaan sebelum banjir amat berbeza sekali dengan apa yang dilihat sekarang.

80% responden menyatakan bahawa kemudahan infrastruktur telah dan sedang diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak longkang telah dibina baru dan diperdalamkan serta satu projek besar sedang dijalankan bagi mendalamkan sungai Johor dengan cara menyedut pasir. Pasir yang disedut akan disalurkan kepada Pejabat Tanah untuk diuruskan. Hasil ini seterusnya akan menjadi sumber kerajaan negeri.

Terdapat juga responden yang kami temui berpuas hati dan tidak berpuas hati dengan kerja membaik pulih yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Bagi responden yang berpuas hati, mereka menganggap kemudahan infrastruktur yang dibaiki memenuhi kehendak mereka. Contohnya projek membaikpulihkan sungai. Sungai di Kota Tinggi telah diperdalamkan supaya keadaan aliran air lebih baik daripada sebelumnya. Manakala responden yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja ini menyatakan bahawa kemudahan longkang yang sepatutnya diperbesarkan lagi daripada sebelumnya supaya air mudah mengalir dan tidak tersumbat.

Dari segi kemusnahan yang dialami oleh setiap responden, kebanyakkannya mencecah hampir ratusan ribu ringgit yang melibatkan rumah, kenderaan, peralatan rumah, ternakan dan hasil pertanian bagi mereka yang mempunyai kebun. Kebanyakkan responden yang berjaya kami temubual menyatakan pendapat tentang fenomena banjir ini berlaku disebabkan oleh hujan yang tidak henti-henti, seterusnya menyebabkan paras air meningkat lalu membanjiri Bandar Kota Tinggi.

Keadaan banjir ini menjadi lebih teruk apabila tiga loji yang terdapat di kawasan berhampiran dengan Bandar Kota Tinggi tidak dapat air lagi lantaran hujan yang mencurah-curah terlalu lama. Loji yang dimaksudkan ialah loji Semanga, loji PUB dan Loji Ling Yu. Kesan hujan yang terlalu lama ini menjadikan paras air di kesemua loji ini mencapai paras merbahaya. Keadaan ini memaksa pihak berkuasa untuk melepaskan sebahagian air daripada loji tersebut bagi mengelakkan daripada ia pecah.

Ada juga responden yang menyatakan bahawa punca sebenar banjir tidak disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan, tetapi berpunca daripada hujan yang tidak henti-henti selama beberapa hari dan juga bencana alam.
KESIMPULAN

Keadaan insfrastruktur sebelum dan selepas banjir telah banyak berubah. Diharapkan usaha-usaha pembaikan yang sedang dijalankan akan menambahkan lagi kecekapan infrastruktur yang sedia ada.



DATA SEKUNDER

Selain daripada data premier, kami juga mendapat maklumat sekunder daripada beberapa agensi kerajaan yang menguruskan banjir. Kami telah berjaya menemubual seorang pegawai dari Majlis Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin. Beliau merupakan Penolong Pegawai Tadbir yang memberi taklimat berkaitan gambaran banjir yang telah melanda keseluruhan Bandar Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan banjir kedua pada awal tahun 2007 yang lalu. Menurut beliau, banjir tersebut melanda dalam dua situasi berbeza daripada yang sebelumnya, iaitu kawasan yang terlibat dengan banjir kali ini ada juga yang tidak pernah banjir sebelum ini. Selain itu, banjir pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 yang lepas juga lebih dalam daripada banjir yang pernah dialami penduduk pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau juga telah memberi serba sedikit maklumat tentang bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa banjir yang terlibat di seluruh daerah Kota Tinggi. Pihak Majlis Daerah juga telah menyediakan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Bantuan lain juga turut diberikan yang berupa pampasan mengikut paras air, iaitu sebanyak RM1100 dan penduduk dikawasan perumahan diberikan sebanyak RM700 bagi setiap keluarga. Bagi golongan peniaga pula, mereka akan disalurkan bantuan ehsan oleh badan-badan yang bertanggungjawab.

Beliau juga menyatakan ada pihak yang mengambil kesempatan dimana mereka telah melakukan penipuan dengan cara mendaftar namanya di semua pusat pemindahan banjir sedangkan dia hanya tinggal di satu kawasan sahaja dan ada juga yang mendaftarkan nama semua ahli keluarga sedangkan mereka tidak tinggal di kawasan yang terlibat dengan banjir. Hal ini dibuktikan dengan pada mulanya dianggarkan bantuan berjumlah RM13 ribu, tetapi apabila membuat penyiasatan didapati hanya berjumlah RM8 ribu sahaja bantuan untuk siri kedua. Keadaan ini jelas membuktikan ada penerima bantuan yang sepatutnya tidak layak menerima telah menerima bantuan dengan cara penipuan.

Selain daripada aspek bantuan, beliau juga menyatakan berlakunya kerosakan yang teruk terhadap kemudahan infrastruktur yang ada. Ekoran daripada keadaan itu, banyak projek pembaikan serta pemulihan telah dilancarkan. Antara kawasan yang terlibat dengan projek tersebut adalah Taman Kota Jaya dan Taman Mawai terutamanya projek mendalamkan sungai Johor yang memakan belanja berjumlah RM70 juta. Projek ini melibatkan sungai Johor yang sepanjang 13km bermula dari bandar sehingga ke hulu sungai.

Di pejabat Jabatan Kerja Raya(JKR) pula, kami berjaya menemubual Encik Said iaitu wakil dari JKR untuk menerangkan mengenai aktiviti pembaik pulih yang telah mereka lakukan ke atas jalan raya yang mengalami kerosakan. Jumlah keseluruhan kos pembaikkan jalan persekutuan di seluruh kawasan yang terlibat menelan belanja sebanyak RM 8 juta. Di kawasan kampung pula, sebanyak RM 2.9 juta diperuntukkan untuk memperbaiki jalan raya di kawasan kampong yang terlibat termasuklah Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh.

Di Kampung Kelantan, jalan utama iaitu jalan untuk masuk ke Kampung Kelantan sedang diperbaiki dan diperbesarkan. Ini menunjukkan projek pembaikkan jalan raya di Kampung Kelantan telah mula dijalankan. Begitu juga dengan Kampung Tembioh, jalan raya yang mengalami kerosakan di kampung tersebut dalam proses pembaikkan. Walaupun proses pembaikkan telah dijalankan tetapi terdapat berberapa faktor yang menyebabkan proses pembaikkan menjadi sedikit lembab. Daripada maklumat yang kami terima, gangguan tersebut berpunca daripada keadaan cuaca yang tidak menentu akibat hujan dan masalah kuari menyebabkan proses pembaikan tidak dapat berjalan lancar.

Bagi jalan persekutuan, Encik Said memaklumkan bahawa jalan persekutuan yang menghubungkan bandar Ulu Tiram dan Kota Tinggi akan diperbesarkan daripada dua lorong kepada empat lorong. Ini akan memudahkan perhubungan antara dua bandar ini

URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

URBANISASI

SATU PROSES PERPINDAHAN PENDUDUK DARI DESA KE BANDAR MENGAMALKAN CARA HIDUP BANDAR.


CIRI-CIRI BANDAR

-SISTEM SOSIAL MASYARAKAT AKAN BERUBAH
-IKATAN SOSIAL LONGGAR
-AKTIVITI DI BANDAR ADALAH KOMPLEKS
-PENEMPETAN DI BANDAR ADALAH PADAT
-DUDAYA TEMPATAN TERHAKIS
-PENDUDUK HIDUP BERCAMPUR
-JENIIS PEKERJAAN ADALAH BERBENTUK PERKHIDMATAN, PEMBUATAN

KEMUNCULAN BANDAR DAN EVOLUSI BANDAR

-Bandar praindustri
-Bandar industri
-Bandar pascaindustri

KESAN PEMBANGUNAN BANDAR

POSITIF :
Ø DASAR KERAJAAN KERAJAAN BERUBAH IAITU WUJUD DASAR PERINDUSTRIAN.
Ø MENARIK KEMASUKAN PELABUR ASING, MENGKUKUHKAN MATAWANG NEGARA.
Ø KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR MENINGKAT
Ø TEKNOLOGI SEMAKIN CANGGIH
Ø MENJADI PUSAT PENGUMPULAN BARANG :- PERKHIDMATAN MENINGKAT SEPERTI KEWUJUDAN BANK, PASARAYA, HOSPITAL DAN LAIN-LAIN LAGI
Ø PELUANG PEKERJAAN MENINGKAT


NEGATIF:
Ø PERTAMBAHAN PENDUDUK
Ø KESESAKAN
Ø PENEMPATAN PADAT MENJURUSKAN KEKURANGAN PENEMPATAN
Ø WUJUD KAWASAN SETINGGAN
Ø MASALAH KESIHATAN
Ø MASALAH SOSIAL
Ø LUAR BANDAR TERBIAR
Ø PENGABAIAN WARGA TUA DAN ANAK-ANAK
Ø BERSIFAT INDIVIDUALISTIK DAN MATRIALISTIK
Ø HUBUNGAN INTERPERSONAL LONGGAR
Ø BUDAYA TEMPATAN TERHAKIS DAN DIPENGARUHI OLEH BUDAYA LUAR
Ø PENGANGGURAN


Dalam perbincangan ini, saya akan mengfokuskan kesan negative pembangunan bandar. Disini saya akan mengutarakan beberapa isu iaitu :-

1.KESAN KEATAS LUAR BANDAR

Kebanyakan syarikat atau kawasan industri bertapak di kawasan bandar dan ini menyebabkan peluang pekerjaan yang amat luas di bandar berbanding luar bandar. Hal ini menarik golongan muda berhijrah ke kawasan bandar dan golongan yang tertinggal di kawasan luar bandar hanya golongan tua kerana sektor perkilangan memerlukan golongan bertenaga untuk mengoperasikan kilang maka disini berlaku pengabaian warga tua. Selain itu, faktor penghijrahan ini menyebabkan tanah luar bandar terbiar, peluang untuk luar bandar membangun amat tipis, guna tenaga tidak penuh dan dikongkong oleh kemiskinan. Hal ini kerana fokus kerajaan terhadap pertanian semakin kurang kerana kerajaan lebih mengfokuskan kepada pembangunan bandar.

2. PELACURAN

Kegiatan pelacuran semakin meningkat kerana waniata mahupun lelaki melibatkan diri dalam kegiatan ini untuk mendapatkan pendapatan kerana di kawasan bandar bilangan penduduk adalah tinggi dan wujud persaingan dalam pekerjaan. Maka disebabkan tiada pekerjaan mereka terjebak dalam gejala ini untuk menampung kehidupan di bandar kerana kualiti kehidupan tinggi. Selain itu, ada juga golongan yang ingin menambahkan pendapatan dengan perbuatan ini untuk hidup mewah. Kes berkaitan dengan kegiatan ini kebanyakannya terdapat di bandar berbanding luar bandar kerana salah satu faktor pengaruh budaya luar.

Contoh kes dari akhbar Kosmo, Isnin 27 Ogos 2007 (Johor Bharu)
“ 33 ditahan dalam operasi cegah maksiat ”
“seramai 33 orang termasuk enam wanita dan seorang lelaki berpakaian wanita ditahan dalam operasi mencegah maksiat”



3.MASALAH SOSIAL

Masalah sosial seperti kegiatan jenayah seperti rogol, ugut, pembunuhan, pecah rumah, rompak dan lain-lain meningkat selari dengan pembangunan Bandar. Hal ini kerana, pertambahan penduduk di Bandar menyebabkan peluang pekerjaan yang tipis, pengaruh budaya barat yang semakin berleluasa, pengaruh kawan serta pertambahan pendatang asing juga meningkatkan masalah sosial.

Contoh kes, kosmo Jumaat 7 september 2007
“ kawan rompak kawan ’’

“ ……… sebelum itu keempat-empat suspek terbabit, dipercayai warga asing yang bersenjatakan parang dan pemotong besi sedang memgeledah biliknya selepas memecah masuk rumah…….”


4.PENGABAIAN ANAK

Contoh kes dari akhbar Kosmo, Jumaat 7 Septerber 2007
“ Didikan dan kasih sayang yang mencukupnya dapat mengelakkan anak-anak remaja terlibat dengan masalah sosial. Menurut Suradi, masalah sosial yang melanda golongan remaja berpunca dari pelbagai aspek salah satunya ialah sikap ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan adalah antara faktor yang menyebabkan anak-anak, khususnya remaja berasa tersisih. Kesanya, tanpa kasih sayang dan perhatian remaja akan terdorong mencari hiburan di luar bersama kawan dan mudah terjebak dalam masalah sosial”

Pendapat saya, pada zaman dulu hanya bapa sahaja bekerja untuk menampung kehidupan dan ia mencukupi dan ibu menjaga anak dirumah. Tetapi pada zaman ini kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan kerana kualiti hidup tinggi kerana pembangunan bandar .


5.BERSEKEDUDUKAN

Bersekedudukan bermaksud wanita dan lelaki yang tiada hubungan darah tinggal bersama sebelum berkahwin . Perbuatan ini sering lapor di kawasan Bandar kerana di Bandar pengaruh budaya barat lebih kuat berbanding luar Bandar. Hal ini kerana, di Bandar terdapat migran luar negara kerana peluang pekerjaan dan juga terdapat pelabur-pelabur luar negara yang melabur di negara kita kerana kestabilan ekonomi dan infrastruktur yang baik. Tambahannya, kedatangan pelancong luar negara yang membawa budaya negara masing-masing. Bersekedudukan menyebabkan kadar isu pembuangan bayi, pengguguran, anak luar nikah dan lain-lain meningkat.

PENGALAMAN SEMASA BERADA DI KOTA TINGGI

HARI PERTAMA ( SABTU)

Petang- kami telah pergi rumah seorang responden yang berbangsa India, dia telah memberi komitmen yang baik untuk kami. Pada masa yang sama juga di rumah responden itu seorang lagi berbangsa Melayu di mana beliau adalah superviser kepada responden india dan kami telah menemubual kedua-dua responden. Selepas itu kami menemubual responden kampung Makam, mereka juga memberi komitmen yang baik.

Malam- kawan sebilik saya telah keluar untuk makan, kami enam orang dalam sebilik tetapi saya tidak keluar kerana saya belajar subjek prinsip pengurusan organisasi kerana hari selasa ada peperiksaan pertengahan tahun, tambahan pula saya adalah seorang vegetarian dan di penempatan saya susah dapat makanan vege. Tetapi saya telah bawa bekalan sendiri.


HARI KEDUA ( AHAD)

Petang- pukul 3 kami ingin pergi Desaru tetapi disebabkan hujan hajat untuk pergi ke Desaru terpaksa dibatalkan. Pada masa itu, kawan sebilik saya tidur kerana letih tetapi saya dan seorang lagi kawan menonton televisyen .

Malam-kami pergi ke fanfare tetapi kami tidak main. Lepas itu, saya dan ahli kumpulan saya pergi ke KFC untuk makan tetapi saya makan kentang putar sahaja. Selain itu, malam itu juga kami berbincang tentang program hari keesokannya.

Ø Saya berasa seronok walaupun saya seorang sahaja pelajar India dari 100 pelajar .Hal ini kerana, , mereka rapat dengan saya walaupun baru kenal.

TENTATIF PROGRAM KAJIAN LAPANGAN

Kami telah membuat satu kajian lapangan di Kota tinggi berkenaan dengan banjir yang berlaku pada akhir bulan Disember dan pada awal bulan Januari. Berikiut adalah tentatif program kajian lapangan iaitu pada 1 Ogos hingga 3 Ogos 2007.


SABTU : 1 OGOS 2007



8 am : kami telah berkumpul di Foyer FSSK

9 am : bertolak ke Kota Tinggi
( lepas lima jam)

2 pm : sampai di Kota Tinggi
( makan tengahari)

2.45 pm : check in Hotel
( Hotel Pilton di Kota Tinggi)

3 pm : menjalankan kerja lapangan
(Di Taman Mawai jalan 4 dan Kampung Makam)

6 pm : tamat sesi pertama kerja lapangan

7 pm : rehat dan solat
( aktiviti bebas dan perbincangan kumpulan)

11 pm : tidur



AHAD : 2 OGOS 2007


8.30 am : menjalankan kerja lapangan
(Di Kampung kelantan dan Kampung Tembioh)

2 pm : tamat sesi kedua kerja lapangan

3 pm : rehat (hujan)

8 pm : rehat dan solat
( aktiviti bebas dan perbincangan kumpulan)

11 pm : tidur




ISNIN : 3 OGOS 2007


9 am : menjalankan kajian lapangan
( pejabat pentadbiran daerah Kota Tinggi)

12 pm : check out Hotel

2 pm : sambung kajian lapangan
( JKR)

4 pm : pulang ke UKM

9 pm : sampai UKM





SOAL SELIDIK dan TEMUAN KAJIAN

Langkah kedua: kami telah diberi amanah untuk membuat soal selidik berkaitan dengan kajian kami. Saya membuat satu perjumpaan bersama ahli kumpulan untuk membuat soal selidik dan soal selidik tersebut diperiksa oleh Dr. Hamzah. Malangnya soal selidik itu dikenali mempunyai kekurangan, lalu kami memperbaikinya semula. Berikutnya adalah soal selidiknya :


Borang soal selidik

Berikut merupakan borang kajian soal selidik yang akan ditanya kepada penduduk-penduduk di kampung tersebut.
A) Latar belakang


1. Di manakah tempat tinggal anda?
a) Kampung Kelantan
b) Kampong Tembioh
c) Kampung Panti

2. Apakah bangsa anda?
a) Melayu
b) Cina
c) Indiad) Lain-lain, nyatakan………………….

3. Apakah jenis pekerjaan anda?
………………………………….


4. Berapakah bilangan ahli keluarga?
………………………………….



B) Keadaan infrastruktur: Sebelum dan selepas banjir.

1. Apakah kemudahan infrastruktur yang ada di kampung ini?
.......................................................................................................................


2. Sejauh manakah keadaan infrastruktur di kampung-kampung terlibat musnah?
........................................................................................................................


3. Bagaimanakah keadaan saliran sungai dan longkang sebelum berlakunyakejadian banjir?……………………………………………………………………………..

4. Bagaimana pula dengan keadaan jalan raya di kampung ini?………………………………………………………………………………

5. Adakah kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat di kampung ini telah mengalami proses pembaikkan?
……………………………………………………………………………...


6. Bagaimanakah keadaan insfratruktur di kampung ini setelah dibaiki? Adakah anda berpuas hati?
…………………………………………………………………………........


7. Berapa besarkah kemusnahan yang dialami penduduk kampung?
........................................................................................................................


8 Apakah pendapat anda tentang fenomena banjir yang berlaku?…………………………………………………………………………........

9. Adakah berlakunya pembangunan di kampung ini yang boleh dianggapsebagai punca kejadian banjir?
…………………………………………………………………………..



latar belakang

1.kampung kelantan (7)
2.kampung tembioh (10)
3.kampung makam (1)
4.querters majlis daerah (1)

5.taman mawar jaya 4 (1)

Jumlah responden kami adalah seramai 20, daripada 20 orang penduduk 7 (35 %)orang adalah penduduk kampung Kelantan, 10 (50 %) orang penduduk kampung Tembioh, seorang (5 %) dari kampung makam, querters majlis daerah, dan taman mawar jaya 4.

bangsa

Responden kami cuma bangsa Melayu dan bangsa India iaitu 16 atau 80 % orang bangsa Melayu dan 4 atau 20 % orang bangsa India.
pekerjaan
Responden yang mencatatkan peratusan terbesar ialah suri rumah tangga iaitu sebanyak 25% (5 oarang). Guru dan pekerja kilang masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 5% (1 orang). Responden yang bekerja di sektor swasta pula sebanyak 15% (3 orang). Manakala bagi responden yang bekerja sebagai peniaga , yang pencen dan di sektor kerajaan masing-masing mencatatkan sebanyak 10% (2 orang). Respoden yang kerja sebagai kerani pula mencatakan sebanyak 20 % (4 orang). Berfokuskan kepada kajian kami iaitu kesan banjir terhadap kemudahan infrastruktur
kemudahan infrastruktur yang di tempat kajian
Berfokuskan kepada kajian kami iaitu kesan banjir terhadap kemudahan infrastruktur, kami mendapati kemudahan infrastruktur seperti longkang, jalan raya, rumah dan sungai yang terdapat di semua kawasan kajian.

pendapat tentang fenomena banjir mengikut bangsa

Pendapat penduduk tentang fenomena banjir mengikut bangsa iaitu 9 penduduk Melayu dan 3 penduduk India menyatakan bahawa kejadian banjir ini amat teruk, manakala 4 penduduk Melayu dan seorang penduduk India menyatakan bahawa banjir ini berlaku adalah satu bencana alam. Selain itu, seorang penduduk Melayu menyatakan bahawa banjir ini mungkin berlaku lagi , seorang lagi menyatakan bahawa banjir ini kerap dan seorang lagi berasa syukur kerana tiada kehilangan nyawa.

tinjauan awal

Sebagai langkah pertama ketua kumpulan menyertai satu tinjauan awal telah dilakukan di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor pada 3 Ogos 2007. Rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa selama sehari. Tinjauan awal ini dilakukan bertujuan untuk mendapat gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan Januari 2007. Rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan kumpulan pertama meninjau dari sudut demografi manakala sebuah kumpulan lagi melihat dari sudut urbanisasi dan pembangunan Bandar. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Dr. Hamzah bin Jusoh.

Proposal

1.0 KAJIAN KES

Fenomena banjir : Satu kajian lapangan akan dilakukan keatas keadaan infrastruktur
di Kota Tinggi, Johor.
2.0 PENGENALAN

Saya sivajothi Balakrishnan dan ahli kumpulan saya akan melakukan Satu kajian di Kota Tiggi, Johor berdasarkan kesan banjir keatas infrasruktur di beberapa kampung iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Kampung Panti yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Fokus kajian kami ialah terhadap keadaan infrastuktur di kampung-kampung terlibat yang menjadi salah satu punca kejadian banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Kami akan mengetengahkan beberapa elemen infrastuktur antaranya keadaan saliran longkang, sungai, jalan raya dan struktur jalan bangunan di kampung-kampung tersebut. Di samping itu, kami turut mengaitkan kajian terhadap infrastruktur ini dengan proses pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut. Perubahan-perubahan yang berlaku ke atas elemen-elemen infrastruktur ini telah mewujudkan proses penambahbaikan dalam kampung tersebut. Usaha-usaha penambahbaikan ini menggiatkan lagi pembangunan.


3.0 OBJEKTIF

v Mengetahui impak banjir terhadap keadaan infrastruktur seperti keadaan jalan raya , sungai dan longkang dan juga penambahbaikan terhadap infrasruktur di kawasan kajian.

v Sebagai salah satu cara untuk menyiapkan kertas kerja bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar.

4.0 KAEDAH PENYELIDIKAN

i) Temubual
ii) Pemerhatian turut serta
iii) Soal selidik

Peristiwa Banjir Besar Kota Tinggi


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

DASAR URBANISASI NEGARA

Latarbelakang
Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan.Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB.Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yang di rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa ini ialah untuk merancang dan merangka satu dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif.
Rasional
Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapatmengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebihteratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.
Objektif
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambilkira:- (i) Proses demographi dan urbanisasi. (ii) Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi. (iii) Kesan 'spatial' berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah. (iv) Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran. (v) Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.
LATARBELAKANG DAERAH KOTA TINGGI

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.
Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah
Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai
Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia