tinjauan awal

Sebagai langkah pertama ketua kumpulan menyertai satu tinjauan awal telah dilakukan di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor pada 3 Ogos 2007. Rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa selama sehari. Tinjauan awal ini dilakukan bertujuan untuk mendapat gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan Januari 2007. Rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan kumpulan pertama meninjau dari sudut demografi manakala sebuah kumpulan lagi melihat dari sudut urbanisasi dan pembangunan Bandar. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Dr. Hamzah bin Jusoh.